Ibu Jamal Yunos meninggal dunia

0
2

IBUNDA kepada Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meninggal dunia hari ini.

Berita tersebut diumumkan di hantaran Facebook beliau, sebentar tadi.

“Berjuang tanpa putus asa, akhirnya Al-Fatihah untuk emakku.

“Semoga emak mendapat tempat yang terbaik. Amin,” tulisnya di hantaran tersebut.

Menerusi hantaran berasingan, Jamal memberitahu ibunya menjalani pembedahan di sebuah hospital pada 9 Mei lalu.

Sementara itu, sejak 3 Mei lalu Jamal mengemaskini beberapa hantaran Facebook mengenai keadaan kesihatan ibunya, namun tidak dinyatakan secara terperinci mengenai penyakit yang dihidapi ibu beliau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here