Kematian akibat Covid-19 di Malaysia hampir 2,000 orang

0
3

JUMLAH kematian akibat wabak Covid-19 di negara ini kini hampir mencecah 2,000 orang dengan kematian yang direkodkan hari ini adalah seramai 47 kes menjadikan 1,994 kes kumulatif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kematian kes Covid-19 hari ini, 46 adalah warganegara dan seorang bukan warganegara.

“Terdapat 47 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, masing-masing lima kes di Sarawak dan Pulau Pinang; masing-masing empat kes di Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kelantan; tiga kes di Perak dan dua kes di Pahang serta masing-masing satu kes di Kedah dan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi kes sembuh pula adalah sebanyak 3,497 kes dengan 432,600 kes kumulatif yang sembuh.

“Kes baharu adalah 4,865 kes (479,421 kes kumulatif) dengan 44,827 kes aktif.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah seramai 531 kes dan 277 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kluster Covid-19 setakat ini adalah

1,920 kluster dengan kluster baharu sebanyak 19 kluster selain 1,423 kluster tamat dan 497 kluster masih aktif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here