Covid-19: Timbalan Pengerusi Tetap Umno kritikal

0
2

TIMBALAN Pengerusi Tetap Umno, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang dijangkiti Covid-19 dilaporkan kritikal dan sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memaklumkan keadaan terkini Rizuan itu adalah benar.

“Maklumat tentang Datuk Seri Rizuan Abd Hamid kena Covid-19 itu benar. Statusnya di ICU juga benar,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Rizuan yang juga Ketua Umno Bahagian Kepong disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari sama.

Pada masa sama, Ahmad berkata, tiada maklumat yang pasti mengenai keadaan kesihatan terkini isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad walaupun beliau dilaporkan menerima rawatan di ICU di pusat perubatan yang sama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here