Ketua Polis Gombak bertukar ke JIPS Bukit Aman

0
2

KETUA Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe akan bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah (Siasatan, Perundangan dan Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Arifai antara 12 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Asisten Komisioner (ACP) yang terlibat dalam pertukaran jawatan dan jabatan, hari ini.

Kekosongan jawatan beliau di Gombak akan diganti oleh Asisten Komisioner Mohd Shukhairy Abd Sabhe.

Mohd Shukhairy kini menyandang jawatan Penolong Pengarah Perjawatan (Audit) Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Pengurusan di Bukit Aman.

Menurut Superintendan Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Superintendan Skandaguru Anandan, kesemua pertukaran itu berkuatkuasa secara rasmi pada 21 Jun ini.

Sementara itu, kekosongan yang ditinggalkan Mohd Shukhairy di Jabatan Pengurusan Bukit Aman akan diisi oleh Asisten Komisioner Glenn Anthony Sinnappah yang merupakan Penolong Pengarah (Pematuhan), Bahagian Pematuhan Standard, JIPS Bukit Aman.

Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kedah, Asisten Komisioner Abd Ghafar Ibrahim bertukar sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Pahang.

Justeru, jawatan yang ditinggalkan Abd Ghafar akan diganti oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Kedah, Asisten Komisioner Zaimy Mohamad Nawi.

Jawatan Zaimy pula akan diisi oleh Pegawai Turut E1C1 Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Azizon Othman.

Dalam perkembangan sama, Asisten Komisioner Pentadbiran Jabatan Pengurusan, PDRM Sabah, iaitu Asisten Komisioner Habibi Majinji juga akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Ketua Staf Perisikan, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here