Tujuh lagi kes Covid-19 libatkan varian Afrika Selatan, India

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti tujuh lagi kes baharu Covid-19 membabitkan jangkitan varian Afrika Selatan B.1.351 serta varian dari India B.1.617.2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kes tempatan yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 itu telah dikesan di Kuala Lumpur, manakala tiga kes bukan warganegara dijangkiti varian India B.1.617 (sublineage B.1.617.2).

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 adalah 66 kes.

“Sementara, Sebanyak tiga kes baharu melibatkan bukan warganegara dengan varian India B.1.617.2 telah dikesan di Malaysia.

“Dua kes telah dikesan melalui saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan satu kes dikesan melalui saringan bergejala,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, semua kes mempunyai sejarah perjalanan ke India dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) yang telah dikesan di negara adalah sebanyak lima kes.

“Kerajaan juga telah melanjutkan tempoh kuarantin wajib selama 14 hari kepada pengembara dari negara-negara dengan VOC dalam komuniti sejak 28 April lalu dan mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari negara India sejak 7 Mei berikutan VOC yang semakin membimbangkan.

“KKM akan meneruskan pemantapan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk survelan epidemik, ujian saringan Covid-19 yang strategik, melakukan pengesanan kontak dan melakukan langkah kesihatan awam bagi membendung penularan varian ini dalam komuniti.

“Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dan sentiasa mengamalkan nasihat yang sering ditekankan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here