Apa punca kesesakan Lebuhraya KL-Karak?

0
3
{"uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1621245390926","source":"other","origin":"unknown"}

MESKIPUN cuti hari raya telah berakhir, aliran trafik laluan Lebuhraya Kualan Lumpur-Karak petang ini sesak dengan dengan kenderaan menuju ke ibu kota menimbulkan tanda tanya.

Sehingga jam 3.00 petang tadi, aliran trafik di lebuhraya berkenaan masih sesak dengan kenderaan beratur panjang menuju ke sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak arah ke Kuala Lumpur.

Melalui perkongsian di di Facebook rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan bahawa berlaku kesesakan luar jangka pada hari ini.

“3.00pm KLK@E8 : Trafik sesak 2.6km sebelum keluar Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur,” menurut hantaran yang dimuatnaik di Facebook rasmi LLM.

Menjadi tanda tanya apakah kesesakan itu disebabkan pertambahan bilangan kenderaan disebabkan “perantau yang pulang berhari raya” ataupun disebabkan faktor lain.

Kesesakan di lebuhraya itu dilaporkan berlaku pada malam tadi sejak dari jam 8.49 malam sehingga ke saat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here