Ziarah Aidilfitri di pusat beli-belah cetus risiko jangkitan baharu – KKM

0
3

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang berlakunya peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 akibat pertemuan keluarga di pusat beli-belah bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sejumlah individu telah dikesan mengambil kesempatan melakukan ziarah Aidilfitri di pusat beli-belah selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang ziarah rumah ke rumah.

Menurutnya, PKP yang diumumkan bermula 12 Mei hingga 7 Jun, bertujuan menghalang jangkitan terus berlaku dengan menyekat aktiviti rentas daerah dan negeri, aktiviti sosial, makanan di restoran, menggalakkan bekerja di rumah serta melarang ziarah di rumah pada Aidilfitri.

“Namun, isu ketara yang kita kesan ialah apabila kita tak benarkan berhimpun di rumah, ramai ambil kesempatan untuk bertemu di pusat beli-belah yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

“Ini berisiko mencetuskan krisis jika jangkitan Covid-19 berlaku di pusat beli-belah dalam negara.

“Jadi, kita ada kebimbangan yang tinggi berlakunya pertambahan kes akibat pertemuan ahli keluarga pada Hari Raya antara 13 hingga 15 Mei lalu di pusat beli-belah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here