Suntikan AstraZeneca fasa 2 untuk warga emas dibuka 23 Mei

0
2

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan permohonan untuk suntikan vaksin AstraZeneca fasa kedua akan dibuka pada 23 hingga 26 Mei ini.

Beliau yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, berkata bagaimanapun permohonan tersebut hanya diberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Pendaftaran dibuka kepada penduduk di Lembah Klang, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang di mana kawasan-kawasan tersebut mempunyai kes tinggi positif Covid-19.

“Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web dan juga klinik kesihatan komuniti. Vaksin ini juga akan dihantar ke rumah jagaan warga emas,” katanya menerusi Twitter. – Malaysiapost

Foto Kredit: Twitter/@Khairykj

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here