Covid-19 terus catat angka lebih 4,000 kes

0
2
grafik

Nilam Oshman

KES baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 4,446 kes, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini adalah 474,556 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatat jangkitan tertinggi iaitu 1,650 kes, diikuti Sarawak (433), Johor (391) dan Kelantan (343).

Kuala Lumpur pula mencatatkan 297 kes, Negeri Sembilan (243), Kedah (236), Perak (203), Terengganu (201), Pulau Pinang (159) dan Pahang (139).

Sementara Melaka (80), Sabah (60), Putrajaya (11) dan sifar kes di Labuan serta Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here