Apa status laporan dakwaan kes rogol dirancang ADUN PN? – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

DATUK Seri Najib Razak pelik kerana polis masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung laporan seorang wanita yang mendakwa insiden rogol terhadapnya dirancang oleh seorang ADUN Perikatan Nasional (PN).

Bekas Perdana Menteri itu, berkata apa yang menghairankannya belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada polis sehingga kini termasuk ADUN berkenaan.

“Berita Najib lupa scan MySejahtera tular, kenyataan polis terus keluar. Berita Tun Mahathir lupa scan, kenyataan, polis serta-merta keluar.

“Sebab itu saya pelik kenapa pihak polis belum sempat keluar apa-apa kenyataan berhubung kes seorang gadis membuat laporan polis untuk dakwa ADUN PN rancang insiden rogolnya,” katanya dalam hantaran Facebook.

Malah, Najib berkata, mangsa rogol tersebut turut mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tularmenunjukkan mereka masuk bilik hotel adalah sahih.

“Mangsa rogol tersebut mendakwa mereka minum arak bersama-sama di lobi hotel selain mereka nyanyi dalam bilik VIP KTV di hotel sampai awal pagi walaupun KTV tidak dibenar beroperasi semasa PKPB dilaksanakan masa itu.

“Tapi belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis sehingga kini. ADUN terbabit juga tak memberi sebarang komen.

“Ramai pun tertanya-tanya adakah kes rogol tak sama penting dengan kes lupa scan MySejahtera? Mohon ada update,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita yang mendakwa dirogol kenalan kepada ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, mendakwa ahli politik Bersatu itu merancang insiden berkenaan.

Tuduhan terbaru itu direkodkan dalam satu laporan polis bertarikh 8 Mei lalu. Laporan itu dibuat beberapa jam selepas laporan awal pada 5 Disember yang tersebar di media sosial.

Dalam perkembangan lain, Najib juga menggesa perkembangan terkini kes suami dan anak seseorang kenamaan yang didakwa menerima hampir RM700 juta dari Jho Low untuk disimpan di akaun bank negara jiran.

“Kenyataan polis dikeluarkan pada awal Mac tapi masih tiada update setelah tempoh 2 1/2 bulan berlalu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here