Pengarah filem langgar SOP dikompaun RM10,000

0
2

SEORANG pengarah filem tempatan dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalankan aktiviti penggambaran filem di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kompaun terhadap lelaki berusia 59 tahun dibuat selepas polis menerima maklumat awam terdapat penggambaran filem di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok di Seremban, semalam.

“Kompaun dikeluarkan polis kepada lelaki itu ketika penggambaran sedang dijalankan di jeti berkenaan.

“Individu yang dikompaun seharusnya lebih peka dengan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu penggambaran hanya dibenarkan dibuat di dalam studio sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan MKN dalam mengawal jangkitan pandemik Covid-19 memandangkan jumlah kes wabak itu masih lagi tinggi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here