PKPD: Dua lokaliti di Pahang, satu kawasan di Sabah

0
2

Nilam Oshman

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang dan satu kawasan di Sabah bermula 17 Mei sehingga 30 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dilaksanakan di Kampung Paya Teh, Jerantut, Pahang selepas berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

Sehingga kini, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 54 ujian saringan ke atas penduduk di lokaliti tersebut dan 35 daripadanya disahkan positif Covid-19.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Paya Teh, Jerantut, Pahang berkuat kuasa 17 Mei sehingga 30 Mei 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan PKPD dilaksanakan di Seri Kemunting, Kuantan di Pahang bermula 17 Mei hingga 30 Mei kerana lokaliti itu juga berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 62 ujian saringan ke atas penduduk di lokaliti tersebut dan 16 daripadanya disahkan positif Covid-19.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Seri Kemunting, Kuantan berkuat kuasa 17 Mei sehingga 30 Mei 2021,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan
PKPD di Kampung Sungai Langgas, Kunak di Sabah turut bermula 17 Mei hingga 30 Mei ini.

Katanya, KKM juga melaporkan berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

“Sehingga 15 Mei 2021 (hari ini), sebanyak 17 kes positif telah dikesan hasil daripada ujian saringan dilakukan oleh KKM ke atas 34 individu di lokaliti tersebut,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here