HTJS tukar fungsi beberapa wad biasa jadi semi-ICU

0
2

HOSPITAL Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) telah menukar fungsi beberapa wad biasa menjadi separuh Unit Rawatan Rapi (semi-ICU) memandangkan ICU sedia ada hampir penuh.

Perkara itu dikongsi HTJS menerusi hantaran di Facebooknya, antara lain bagi menampung peningkatan kes pesakit Covid-19 yang kritikal dan memerlukan mesin bantuan pernafasan di Negeri Sembilan.

“Ketahuilah wahai waghih semua Covid-19 adalah benar. Amalkan SOP di musim perayaan ini. Mohon jangan keluar rumah jika tiada keperluan,” tulis HTJS.

Semalam Negeri Sembilan mencatatkan 124 lagi kes baharu Covid-19.

Ketika ini, lima daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan berada dalam zon merah dengan mencatatkan 1,507 kes aktif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here