KES jangkitan Covid-19 di Malaysia mencatat 4,765 kes baharu dengan Selangor pertama kali merekodkan kes harian melepasi 2,000 iaitu 2,082 kes.
Perkembangan terbaharu itu menunjukkan jangkitan harian Covid-19 berpotensi mencecah lebih 5,000 kes pada pertengahan Mei ini, terutama ketika sambutan Aidilfitri.
Sehingga kini kes kumulatif jangkitan Covid-19 di Malaysia ialah 453,222.
Kuala Lumpur mencatatkan 540 kes, diikuti Sarawak (405), Johor (348), Kelantan (297), Pulau Pinang (259), Kedah (256), Perak (172), Negeri Sembilan (122) dan Melaka (110).
Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Sabah (70), Pahang (63), Terengganu (60), Labuan (6), Putrajaya (4) dan Perlis dengan satu kes. – Malaysiapost

