JURURAWAT adalah ‘jantung sistem kesihatan’, berhentinya jantung berfungsi, maka tergendalalah segala perancangan kesihatan yang telah diatur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jururawat di Malaysia yang telah berbakti dengan penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasan yang terbaik kepada masyarakat.
“Sempena Hari Jururawat yang disambut hari ini, saya ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Jururawat’ kepada semua Jururawat di Malaysia.
“Terima kasih kepada semua jururawat yang telah berbakti dengan penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Menurutnya, tiada nilai wang ringgit yang dapat diukur untuk menyatakan betapa berharganya jururawat kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Selamat Hari Jururawat. ‘A Voice to Lead – A vision for future healthcare’,” katanya. – Malaysiapost

