Saman ganti rugi RM97 bilion, usaha terbaru mufliskan saya – Najib

0
2

DATUK Seri Najib Razak mendakwa tindakan saman ganti rugi RM97 bilion ke atasnya hari ini adalah usaha berterusan untuk memufliskan beliau setelah denda cukai pendapatan RM1.74 bilion ditolak mahkamah minggu lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak berputus asa untuk mensabitkan status muflis ke atas dirinya.

“Jika denda cukai RM1.74 bilion tak lepas minggu lepas untuk mufliskan saya sebab mahkamah tolak, boleh cuba RM97 bilion.

“Hari ini, kerajaan PN tugaskan peguam peribadi PM8 untuk kenakan saman sivil ke atas saya dan 21 pihak lain untuk tuntut ganti rugi RM97 bilion.

“Saya rasa fokus kerajaan PN masa ini adalah untuk mufliskan dan susahkan Najib. Suruh dorang jaga keadaan Covid, itu lain cerita. Darurat bukan untuk memerangi Covid tapi untuk memerangi Najib kot,” katanya di Facebook, hari ini.

Apa yang pelik, Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan, saman ganti rugi ditujukan kepada 22 individu adalah kes sivil tetapi hanya beliau yang disabitkan kepada kes jenayah.

“Lagi pelik ialah kerajaan mahu 22 pihak bayar ganti rugi tapi hanya Najib seorang yang dikenakan kes jenayah pulak.

“Kes hari ini adalah saman sivil. Bukan kes jenayah. Kalah saman sivil pun tak masuk jail tapi kena bayar ganti rugi.

“Tapi saya pelik bagaimana mereka mahu saya bayar RM97 bilion sekiranya mereka berjaya mufliskan saya pun dengan denda cukai amat tak masuk akal RM1.74 bilion.

“Dah muflis masih perlu bayar lagi ke? Jadi, kenapa pula masih nak tambah kes saman terhadap saya jika tiada hasilnya?,” catatnya.

Minggu lalu, mahkamah memaklumkan bahawa masih belum berlaku sebarang tindakan yang membolehkan muflis (act of bankcruptcy) direkodkan.

Terdahulu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 4 April lalu memfailkan notis untuk membankrapkan Najib atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16. Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here