Aktiviti ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan

0
3

AIDILFITRI yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lag, umat Islam di Malaysia menerima khabaran duka susulan aktiviti ziarah rumah ke rumah pada hari raya adalah tidak dibenarkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu termasuk larangan aktiviti ziarah kubur ketika Aidilfitri nanti.

“Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerajaan terpaksa melakukan tindakan yang tidak popular ini untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.

“Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei (hari ini), Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional,” kata Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here