3 termasuk pemandu untuk kenderaan persendirian, e-hailing

0
3

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk mengehadkan hanya tiga orang dibenarkan berada dalam kenderaan persendirian atau e-hailing termasuk pemandu berkuat kuasa 12 Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bilangan orang yang dibenarkan dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi serta industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang yang dibenarkan dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, semua institusi pendidikan ditutup kecuali kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.

“Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga,” katanya.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksana perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula Rabu ini.

Kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan yang lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here