3,807 kes baharu Covid-19 hari ini

0
2

Nilam Oshman

KES baharu Covid-19 mencatatkan sedikit peningkatan hari ini dengan 3,807 kes berbanding 3,733 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini mencecah 444,484 kes.

Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu 1,149 kes, diikuti Sarawak (649).

Sementara, Kelantan (329), Kuala Lumpur (320), Johor (257), Pulau Pinang (245), Kedah (224), Negeri Sembilan (144) dan Perak (119).

Manakala, Sabah (96), Terengganu (93), Melaka (88), Pahang (77), Putrajaya (11), dan masing-masing tiga kes di Perlis serta Labuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here