Cheng Hoe senarai 25 pemain terkuat Harimau Malaya

0
2

SENARAI 25 pemain yang dipilih pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bagi menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia merupakan skuad idaman dan terkuat negara ketika ini.

Menerusi laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad bolasepak negara akan berkumpul menjalani latihan pusat pada 16 Mei ini dalam usaha melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Daripada senarai tersebut, Cheng Hoe mengekalkan seramai 19 pemain dan memanggil enam muka baru untuk membentuk barisan impian Harimau Malaya.

Cheng Hoe memilih tiga penjaga gol yang menunjukkan prestasi terbaik dalam Liga Super ketika ini iaitu Farizal Marlias, Khairulazhan dan Samuel Somerville.

Di barisan pertahanan, Cheng Hoe menaruhkan keyakinan kepada gandingan muka lama dengan pertambahan Junior Eldstal yang kembali mendapat tempat ke pangkuan skuad kebangsaan.

Di bahagian tengah pula, beliau memanggil muka baru iaitu pemain muda JDT Arif Aiman untuk bersama-sama dengan Azam Azih, Brendan Gan, Syamer Kutty Alba, Nazmi Faiz, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Liridon Krasniqi dan Mohamadao Sumareh.

Jentera serangan Malaysia pula bakal diperkuatkan oleh penyerang muda yang berkelana di Belgium, Lukman Hakim di samping Syafiq Ahmad, Gulherme De Paula dan penyerang veteran, Norshahrul Idlan Talaha.

Malaysia dilihat berpeluang cerah untuk layak ke peringkat seterusnya jika mampu menang baki tiga perlawanan dalam Kumpulan G.

Skuad Harimau Malaya bakal bertemu UAE 3 Jun, diikuti Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here