MB Selangor nafi CAC Stadium Melawati sesak

0
3

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan kesesakan yang berlaku di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati di Shah Alam seperti yang ditularkan baru-baru ini.

Menurutnya, CAC Stadium Melawati berperanan sebagai pusat penilaian tahap kesihatan wabak Covid-19 dan bukannya beroperasi seperti pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Pesakit Covid-19 juga tidak dibenarkan bermalam di CAC Stadium Melawati,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Amirudin juga memuat naik gambar situasi semasa operasi persekitaran CAC Stadium Melawati itu.

CAC Stadium Melawati yang beroperasi di Seksyen 13 berfungsi bagi mengenal pasti tahap keadaan pesakit yang sudah disahkan positif Covid-19.

Stadium itu menggantikan CAC Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) SS15 sebelum ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here