PH gagal tunai janji, PN tak cekap urus negara – Puad

0
2

“KALAU Pakatan Harapan (PH) dikecam kerana gagal tunai janji 100 hari, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pula dikecam kerana tidak cekap mengurus negara,” kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Menurut beliau, kenyataannya itu tidak boleh dinafikan, kerana terdapat data dan maklumat sains menjadi bukti.

“Itu belum lagi kalau dianalisis komen komen negatif rakyat dalam media sosial.

“Rakyat tidak gembira cara kerajaan mengurus pandemik Covid-19. Menteri tidak sekata.

“Itu belum lagi diambil kira cara kerajaan PN urus ekonomi dan kebajikan rakyat. Kalau PH dikecam kerana gagal tunai janji 100 hari, kerajaan PN pula dikecam kerana tidak cekap mengurus negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Puad telah mengeluarkan kenyataan menyifatkan kerajaan PN sebagai Kerajaan Gagal adalah kerana tidak dapat memenuhi harapan rakyat untuk memerangi Covid-19 dan seterusnya memulihkan ekonomi.

Susulan kenyataan tersebut, tular tanda pagar #KerajaanGagal jadi trending nombor 1 di Twitter, di mana rata-rata masyarakat tidak berpuas hati dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang berubah-ubah serta dikatakan ‘double standard’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here