KEMATIAN akibat Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan dengan 25 kematian direkodkan, berbanding 22 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Nooor Hisham Abdullah, berkata dengan 25 kes kematian yang direkodkan hari ini ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah 1,657 kes.
“25 kematian hari ini membabitkan lima masing-masing dari Kuala Lumpur dan Sarawak; empat dari Selangor dan Johor, dua dari Kelantan dan Kedah dan satu masing-masing dari Perak, Sabah dan Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media, hari ini,
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,519 kes baharu dicatatkan hari ini, yang membabitkan 4,514 kes tempatan dan lima lagi kes import.
Katanya, menerusi kes baharu yang direkodkan hari ini, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 menjadi 436,944.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin melaporkan terdapat 16 kluster baharu yang direkodkan hari ini.
“Selangor masih mencatatkan kes tertinggi mengikut negeri iaitu 1,722, diikuti Kuala Lumpur (557), dan Sarawak (479),” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 393 kes masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sementara 210 kes memerlukan bantuan alat pernafasan . – Malaysiapost

