‘Jangan terlalu berpolitik hingga negara musnah akibat Covid-19’ – Armand

0
2

SEMUA gabungan parti sama ada Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diseru agar memberi tumpuan kepada negara yang berdepan pandemik Covid-19 yang semakin serius dan tidak terlalu berpolitik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, berkata semua pihak perlu mengurangkan masalah politik dan memberi tumpuan kepada negara dan rakyat

“Saya mohon dan menyeru agar kita kurangkan masalah politik baik daripada PN , PH Dan BN..Ini masanya kita letakkan keutamaan negara dan rakyat jauh di hadapan.

“Jangan kita terleka dan lalai sehingga negara kita musnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Subang berkata, jangkitan Covid-19 boleh mencecah sehingga 10,000 selepas sambutan Aidilfitri jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan dengan segera.

“Hospital makin penuh, unit rawatan rapi (ICU) juga sudah hampir habis digunakan. Di Kelantan terpaksa buka hospital sementara kerana tidak cukup katil. Hospital swasta yang ada kerjasama dengan kerajaan juga sudah hampir habis katilnya,” katanya.

Armand Azha berkata, raya kali ini memerlukan pengorbanan semua termasuk tidak dapat balik beraya di kampung bertemu keluarga.

“Memang kita semua rindu kan kampung halaman dan ibu bapa kita, tetapi jika kita gagal menangani Covid-19, keselamatan mereka (ibu bapa) juga terancam.

“Seluruh dunia kini sedang berjuang dan bergelut melawan pandemik ini…Kita mesti menang, kita jaga kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here