Lelaki maut langgar babi melintas

0
3

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai melanggar babi melintas di Jalan Besar Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, Shahrulnizam Isrofil, 42, yang menunggang Yamaha LC135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II Ramlee Shaari berkata satu jentera bersama sembilan anggota ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.14 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang terbabas dipercayai akibat terlanggar babi yang sedang melintas jalan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaPost