Baru seminggu umum hamil, wanita alami pendarahan otak dibelasah suami

0
3

BARU seminggu umum mengandung anak pertama, seorang wanita berdepan detik tragis apabila menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri, sehingga cedera di bahagian tulang belakang, rahang dan bahagian muka.

Perkongsian seorang pemilik Facebook, Fazariah Nordin, memberitahu kakaknya bernama Jahidah ‘dibelasah’ teruk oleh suaminya, malah ditinggalkan bersendirian di hospital.

Menurut Fazariah, doktor yang merawat kakaknya memaklumkan wanita itu mengalami kecederaan teruk antaranya keretakan tulang belakang, rahang serta bahagian muka.

Selain itu, terdapat juga kesan lebam di bahagian muka, mata serta di bahagian anggota badan lain.

Malah lebih menyedihkan apabila pasukan perubatan memaklumkan kakaknya mengalami pendarahan otak yang teruk di mana seluruh otaknya dipenuhi darah.

Sehinggakan doktor terpaksa melakukan pembedahan otak selama 12 jam dan kini kakaknya itu sedang koma.

“Aku tak kuat tengok badan kakak dengan kepala botak, sebab dibedah. Mata lebam merah, bengkak! Badan penuh lebam-lembam, jahitan di kepala,” tulisnya.

Fazariah mendedahkan peribadi kakaknya adala seorang yang lemah lembut, tidak pernah melenting, jadi dia mengakui sangat ralat melihat keadaan kakaknya diperlakukan sebegitu.

Paling membuatkan Fazariah marah, apabila abang iparnya ghaib, selepas memberitahu bahawa isterinya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Masa kemasukan 4 April, saya dimaklumkan 5 April. Apa kau buat bro? kau telefon untuk beritahu kakak ada di hospital perlukan waris.

“Kau dah buat kakak aku nyawa-nyawa ikan. Bertarung nyawa seorang dengan kandungan masih baru!,” katanya.

Semakan di ruangan komen mendapati netizen tidak dapat menahan kemarahan dengan perlakuan suami wanita tersebut tergamak memukul isterinya yang sedang mengandung.

Rata-rata netizen mendoakan agar wanita tersebut terus kuat untuk sembuh, berharap lelaki itu menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya kejamnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here