Meninggal dunia lepas sembur racun serangga dalam mulut

0
3

SEORANG lelaki Indonesia yang mengejutkan orang ramai apabila videonya menyembur racun serangga ke dalam mulut tersebar, dilaporkan telah meninggal dunia.

Memetik laporan Ringtimesbali, lelaki tersebut menyembur racun serangga ke dalam mulutnya lebih dari satu kali, dan video tersebut menjadi tular.

Lelaki yang bernama Jro Balian I Wayan Merta itu merupakan penasihat spiritual sebuah pertubuhan di Bali, Indonesia.

Lelaki tersebut yang dikenal dengan jolokan ‘Ki Galang Pamungkas’ itu dikhabarkan meninggal meninggal dunia akibat kesan sampingan bahan kimia yang terdapat dalam racun serangga.

Bagaimanapun, ahli keluarganya menafikan dakwaan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia.

Video berdurasi 30 saat itu tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki dengan santai menyembur mulutnya cecair racun serangga beberapa kali sambil berjoget.

Beberapa lama kemudian, tular pula video susulan berdurasi lapan saat di mana kelihatan lelaki yang menyemburkan racun serangga ke mulutnya tadi telah dibaringkan, dan mukanya dicuci dengan air.

Malah, tersebar hantaran gambar dengan ucapan takziah bahawa lelaki tersebut telahpun meninggal dunia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here