Bazar Ramadan di Selangor tutup Sabtu ini

0
2

SEMUA Bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan beroperasi bermula Sabtu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata keputusan berkenaan dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan.

Beliau berkata, penutupan bazar Ramadan itu dilaksanakan mulai 8 Mei ini bagi memberi peluang kepada peniaga menyelesaikan urusan mereka terutama menyelenggarakan dan menguruskan stok jualan.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira jumlah hari meniaga, peniaga-peniaga Bazar Ramadan telah berniaga selama 25 hari menjelang Jumaat nanti.

“Justeru, kerajaan negeri tidak begitu kejam untuk menutup operasi Bazar Ramadan ini memandang mereka telah beroperasi selama 25 hari,” katanya dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, walaupun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran operasi bazar Ramadan di Selangor semalam, namun kerajaan negeri terpaksa membuat keputusan sebaliknya.

“Kerajaan Negeri juga bersetuju menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap penjaja bazar Ramadan untuk meringankan beban mereka.

“Selain itu, kita ingin mengingatkan orang ramai untuk mematuhi sepenuhnya SOP, lebih-lebih lagi di hujung minggu ini mengambil kira jumlah kes yang sangat membimbangkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here