‘Tak sakit, sekejap saja lenguh’

0
2

“SEKEJAP saja lenguh, lepas tu tak ada rasa apa-apa,” kata Natasha Azhar, 27, antara penerima terawal vaksin Covid-19 AstraZeneca di ibu negara hari ini.

Natasha menerusi video yang dimuat naik di Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata semuanya dalam keadaan baik.

“Risau tu sikit saja lah sebab takut sakit, tapi tak sakit, jadi semuanya dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau turut berpuas hati apabila proses pengambilan vaksin berjalan dengan lancar serta teratur.

“Semuanya lancar… tak perlu tunggu terlalu lama. Ramai orang (petugas) yang akan beri panduan,” katanya lagi.

Hari ini bermula pemberian vaksin AstraZeneca kepada sukarelawan bermastautin di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terlibat ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Ahad lalu, tempahan slot vaksin AstraZeneca (AZ) yang dibuka bermula 12 tengah hari, habis hanya dalam tempoh kira-kira tiga jam sahaja.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, 260,000 slot untuk vaksin itu sudah habis ditempah namun orang ramai masih boleh memohon sebagai senarai menunggu.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, janji temu akan diberikan segera melalui aplikasi MySejahtera atau SMS kepada yang berjaya membuat tempahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here