MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat bahawa keperluan menziarahi ibu bapa mengatasi keperluan yang lain termasuk undangan artis.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Twitter miliknya hari ini.
“Saya rasa jika hendak dibandingkan pasti keperluan menziarahi ibu bapa melebihi dari keperluan memenuhi undangan artis,” tulisnya.
Namun tidak dapat dipastikan hantaran Mohd Asri itu ditujukan kepada siapa.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Mohamad Jiwa hari ini tampil menjawab kekeliruan berhubung kehadiran seorang pendakwah terkenal dikatakan rentas negeri bagi menghadiri majlis tahnik putera mereka, Muhammad Afwa.
Sebaliknya Siti berkata, individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.
Jelasnya lagi, mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, bukanlah majlis khas seperti yang disangkakan. – Malaysiapost
.
Artikel berkaitan:

