11 kakitangan positif Covid-19, ibu pejabat MPSJ ditutup

0
2

SERAMAI 11 kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) didapati positif Covid-19 dalam tempoh seminggu lalu.

Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan berkata ekoran kes terbabit, bangunan ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu ditutup mulai hari ini bagi melaksanakan kerja nyahkuman.

Katanya, penutupan kaunter perkhidmatan pula adalah selama 14 hari sehingga 14 Mei untuk kerja disinfeksi sebagai langkah proaktif membendung wabak tersebut.

“Disebabkan kes ini kesemua kontak rapat diarahkan membuat saringan dan kuarantin mengikut tatacara operasi piawai (SOP),” katanya dalam kenyataan.

Noraini berkata, orang ramai dinasihat menggunakan perkhidmatan secara dalam talian menerusi portal rasmi www.mbsj.gov.my atau transaksi melalui mesin kiosk atau hubungi Pusat Kawalan MBSJ di 03-8024 7700.

“Kami memohon maaf terhadap kesulitan dialami dan akan memaklumkan berhubung situasi terkini dari semasa ke semasa. Masyarakat juga diminta memberi kerjasama membendung pandemik ini,” katanya.

Sementara itu, MBSJ menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan terdapat beberapa kakitangan MBSJ yang telah disahkan positif Covid-19 dan siasatan masih berjalan.

Katanya, semua transaksi atas talian diteruskan seperti biasa.

“Pihak MBSJ juga sedang bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua kakitangan dan komuniti sekitar.

“Pihak MBSJ memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku semsa menjalankan langkah pencegahan ini,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here