Seorang maut tangki minyak mentah meletup

0
2

SEORANG pekerja warga Indonesia maut, manakala tiga lagi cedera selepas dua tangki minyak mentah terbakar di kilang kawasan industri Telok Panglima Garang, Kuala Langat, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 5.36 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Banting serta BBP Andalas bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan dua tangki minyak mentah yang terbakar 50 peratus di kawasan kilang.

“Terdapat empat mangsa. Seorang daripadanya maut, manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang maut ialah warga Indonesia yang terjatuh pada ketinggian 10 meter ketika letupan berlaku.

“Difahamkan mangsa ketika itu sedang melakukan kimpalan di tangki berkenaan.

“Operasi pemadaman selesai pada jam 6.45 petang dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here