Tubuh RCI siasat dakwaan campur tangan Hamzah – Puad

0
2

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam urusan pentadbiran Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi, berkata ‘serangan’ secara terbuka Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Hamid Bador terhadap Hamzah yang didakwa mengganggu urusan menentukan lantikan pegawai polis perlu diambil serius oleh kerajaan.

Malah, menurut Mohd Puad, audio Hamzah yang tular baru-baru ini membuktikan memang wujud campur tangan dalam menentukan ‘line up’ kepimpinan polis mengikut citarasa menteri tersebut.

“TS Hamid Bador membuat dakwaan terbuka. Dia tuduh Hamzah Zainuddin campur tangan kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai yang bermasalah.

“Dia juga buat banyak tuduhan lain. Termasuk isu katak yang dikaitkan dengan rasuah.

“Hamzah Zainuddin pula tidak menafikan audio mirip suara beliau adalah tulen. Isu pokok yang perlu diselesaikan ialah tuduhan IGP dan butiran dalam audio tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Mohd Puad menegaskan penubuhan RCI menyiasat perkara ini adalah perlu memandangkan PDRM adalah agensi penguatkuasa paling penting dan kritikal untuk negara.

“Ia mesti didokong kuat oleh Pegawai yang profesional dan berintegriti. Barulah keadilan dan keselamatan terjamin

“Tetapi apabila Hamid Bador tuduh SPP yang dipengerusikan Hamzah dicemari oleh unsur politik, maka kredibiliti PDRM tercemar.

“Apa maksud Hamid Bador: ‘Bahaya sekarang ini. Dia (Hamzah) bawa mesin pengorek buat jalan baru ke?’

“Apa yang bahaya? Segerakan RCI. Segerakan sidang parlimen,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang ke-13, berkuat kuasa 4 Mei ini.

Pelantikan Acryl Sani itu adalah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan tamat kontrak perkhidmatan pada 3 Mei ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here