KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyuarakan keluhan berhubung dakwaan terdapat campur tangan politik dalam pasukannya.
Beliau malah mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik atau ‘bad blood’ dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Jangan megah sangat, (kata) kita menteri dalam negeri berkuasa sangat. Come on,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Abdul Hamid berkata, menteri sepatutnya hanya terlibat dalam penggubalan dasar dan seharusnya tidak campur tangan dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukannya.
Katanya, perkara tersebut telah pun dibawa ke Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya bukan langgar saja,” katanya lagi.
Sementara itu, Abdul Hamid juga membangkitkan kelemahan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang menurutnya bermesyuarat hanya empat kali setahun.
“Sepatutnya setiap bulan bermesyuarat. Mesyuarat pun dua jam, macam minum kopi. Tak ambil berat,” ujarnya.
Justeru itu, Abdul Hamid mencadangan agar SPP diketuai pihak tidak berkepentingan, seperti bekas ketua Hakim Negara.
Selain itu, beliau mendedahkan tidak hadir ke mesyuarat SPP hari ini, iaitu hari terakhir sebelum melepaskan tugas kepada penggantinya, Isnin depan. – Malaysiapost

