Fitnah: Jutawan hartanah saman 10 individu

0
3

JUTAWAN hartanah dari Besut, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali akan memfailkan saman kepada hampir 10 individu berhubung kenyataan fitnah mengaitkannya dengan isu tanah di laman Facebook.

Mohamad Azlan berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana mencalarkan imej dan reputasinya sebagai ahli perniagaan di samping memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah.

Katanya, hantaran berbaur fitnah yang dimuatnaik itu menuduhnya mencagar geran tanah keluarga mereka hingga dilelong, lapor Utusan Online.

“Saya menyedari mengenai hantaran yang tular itu kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu dan laporan polis dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jertih di Besut, semalam.

“Selain itu ada tuduhan kononnya saya hidup senang kerana menipu dan hantaran tersebut menyebabkan saya teruk dikecam,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu.

Mohamad Azlan, pemilik Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd berkata, saman berkenaan akan difailkan dalam masa terdekat dan peguamnya kini sedang menyiapkan urusan dokumentasi.

Baru-baru ini, jutawan hartanah yang bermula sebagai pengutip sampah itu tular kerana membawa kegembiraan kepada kira-kira 400 penduduk Besut apabila mempelawa mereka menaiki helikopter secara percuma. – Malaysiapost

Foto Kredit: Wacana.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here