DBKL sahkan bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Setiawangsa ditutup 2 hari

0
3

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan Setiawangsa ditutup dua hari pada esok dan Ahad ini bagi membendung dan mengawal jangkitan Covid-19.

Menurut DBKL menerusi kenyataan, penutupan itu susulan hasil analisa pengesanan ‘contact tracing’ dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera.

Hasil pengesanan itu, ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 telah dikesan di kedua-dua bazar Ramadan berkenaan.

“Tindakan penguatkuasaan adalah di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, sebanyak 22 bazar Ramadan di seluruh negara diarah tutup berkuatkuasa esok bagi membendung penularan Covid-19.

Arahan itu dikeluarkan Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) menerusi satu surat edaran ditandatangani Ketua Setiausahanya, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan bertarikh hari ini.

Menerusi surat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri yang terbabit, semua bazar tersebut didapati menjadi kawasan penularan virus berdasarkan analisis pengesanan kontak melalui aplikasi MysSejahtera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here