Dua lokaliti di Kelantan dilanjutkan PKPD

0
2

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan di dua lokaliti di Kelantan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pelanjutan PKPD di SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat di Kelantan bermula esok sehingga 13 Mei ini.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di sekolah terbabit yang dijadualkan tamat pada hari ini.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 329 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 170 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM melaporkan masih berlaku penularan jangkitan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD serta terdapat 159 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di SMU (A) Tarbiah
Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat di Kelantan bermula 30 April sehingga 13 Mei 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memaklumkan pelanjutan PKPD di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu di Kelantan bermula 1 Mei hingga 14 Mei ini.

Katanya, kerajaan sebelum telah melaksanakan PKPD di Kolej itu yang dijadualkan tamat pada esok.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 487 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 250 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM melaporkan masih terdapat penularan berterusan dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD serta sebanyak 237 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan bermula 1 Mei sehingga 14 Mei 2021,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here