Azmin kongsi pengalaman manis cuci lantai Masjidil Haram

0
3

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkongsi pengalaman manis mencuci lantai Masjidil Haram di Mekah semalam.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ahli Parlimen Gombak itu memuat naik gambar beliau memegang pengelap air dalam usaha untuk mengeringkan lantai di Masjidil Haram.

“Hari ini (semalam) hujan rahmat turun dengan lebat. Syukur dapat menyumbang sedikit khidmat dan tenaga untuk bersama petugas Masjidilharam tatkala hujan lebat selepas Zohor sehingga selesai Asar,” kata Azmin.

Hantaran itu ternyata menarik perhatian netizen termasuk penduduk tempatan betapa seorang pemimpin politik Malaysia sanggup bersusah payah menyumbangkan tenaga membersihkan Masjidil Haram yang dilanda hujan dua hari lalu.

Selasa lalu dilaporkan hujan lebat luar biasa melanda Mekah sehingga menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.

Hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter dan turut mengakibatkan air naik di Masjidil Haram.

Terdahulu, Azmin memberitahu awal minggu ini beliau memulakan misi pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab dan akan mengerjakan ibadat umrah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here