MB Perak kena kuarantin 14 hari

0
2
Saarani Mohamad

MENTERI Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menjalani kuarantin selama 14 hari bermula semalam selepas dikesan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Datuk Sham Mat Sahat selepas Saarani dikesan menjadi kontak rapat dengan individu itu ketika hadir satu program di Lenggong, lapor Bernama.

“Pada jam 5 petang tadi (semalam) beliau (Saarani) memberitahu tidak dapat hadir Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 2021 di Masjid Sultan Idris Shah II.

“Beliau juga meminta saya mewakilkannya untuk hadir majlis berbuka puasa di Batu Kurau, Jumaat ini.

“Bagaimanapun saya tidak dapat lagi maklumat penuh dan tidak dapat maklumkan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita selepas majlis yang turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Sham berkata, Saarani diminta menjalani kuarantin selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Perak pagi semalam, disusuli sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun turut menjadi kontak rapat kes berkenaan dan diarah menjalani kuarantin bagi tempoh sama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here