KAWASAN pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh, Kapit, Sarawak diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selama sebulan, bermula esok.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 243 kes positif Covid-19, iaitu naik mendadak dalam tempoh seminggu hasil saringan dilakukan ke atas pekerja empangan itu.
“KKM mengesahkan masih terdapat risiko kebolehjangkitan yang tinggi di kawasan pembinaan Empangan Baleh kerana masih ramai pekerja yang belum disaring.
“Setelah membuat penilaian risiko dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh berkuat kuasa esok hingga 26 Mei depan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melakukan pengesanan awal kes serta mengelak penularan kepada masyarakat berdekatan. – Malaysiapost

