JUMLAH kes jangkitan Covid-19 hari ini mencatatkan 2,690 kes sekali gus melepasi angka sembuh baharu iaitu 1,853 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kes Covid-19 masih aktif di Malaysia mencatatkan 23,753, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 392,942.
KKM berkata, kes baharu mengikut negeri menunjukkan Selangor masih di tangga pertama dengan 751 kes, diikuti Sarawak (595) dan Kelantan (424).
Manakala, Kuala Lumpur (217), Johor (159), Sabah (121), Pulau Pinang (117), Kedah (76), Perak (64), Negeri Sembilan (57), Melaka (42), Pahang (33), Terengganu (25), Putrajaya (5), Labuan (3), Perlis (1).
Sementara itu, daripada kes baharu yang direkodkan, 2,680 adalah penularan tempatan manakala 10 lagi adalah kes import.
Menurut KKM, hari ini 10 lagi kes kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,436.
Jumlah kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah (283), dan kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan sebanyak (121). – Malaysiapost

