Covid-19: Warga asing boleh solat berjemaah di masjid

0
2

[Covid-19] Warga asing dibenarkan solat berjemaah di masijd bermula 1 September ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga bersetuju untuk tidak mewajibkan pengunaan sejadah di masjid.

Namun begitu, katanya, pengunaan sejadah adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

Beliau berkata ini terdapat keluhan orang ramai yang terlupa membawa sejadah ke masjid dan dihalang menunaikan solat.

Malah, beliau juga menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri dengan persetujuan Kementerian Kesihatan.

“Saya ingin berterima kasih kepada Imam dan jawatan kuasa masjid kerana tegas dalam memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya,” katanya. – Malaysia Post