Risau mesyuarat MT Umno ‘dipengaruhi’ Anwar

0
3

Aiman Hanif

MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) Umno esok dijangka akan memberi satu tekanan supaya ketetapan khusus tarikh menteri Umno melepaskan jawatan dalam kerajaan ditetapkan.

Menurut seorang Ahli MT Umno yang enggan namanya didedahkan berkata, isu berkenaan pasti menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat yang akan berlangsung.

Tekanan itu katanya, dibuat selaras dengan keputusan Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu yang dicapai pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 Mac lalu.

Namun katanya, apa yang merungsingkan jika arahan supaya menteri Umno menarik diri daripada kerajaan dibuat berdasarkan kehendak Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Saya percaya esok Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendesak menteri Umno supaya melepaskan jawatan dalam kerajaan.

“Tekanan ini dibuat selepas PAU 2020 pada 28 Mac lalu membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Apa yang kita khuathir jika arahan supaya menteri Umno meletak jawatan dibuat atas desakan Anwar,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini tular rakaman audio yang didakwa perbualan antara Ahmad Zahid dan Anwar yang memperkatakan tentang keputusan diambil Umno pada PAU 2020.

Bagaimanapun Ahmad Zahid dan Anwar menafikan bahawa audio berkenaan adalah perbualan mereka.

Ahmad Zahid dan Anwar sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan sedang merancang untuk menjalinkan kerjasama politik.

Tuduhan itu dinafikan Ahmad Zahid pada PAU 2020 Mac lalu dan Umno menolak sebarang kerjasama dengan Anwar, DAP serta Bersatu.

Dalam pada itu sumber berkata, Umno tidak mahu dakwaan wujud kerjasama antara parti dengan Anwar menjadi kenyataan.

“Kita tidak mahu Umno dipengaruhi Anwar. Kita tidak mahu sebarang keputusan dibuat adalah berdasarkan telunjuk Anwar,” katanya lagi.- Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/umno-perlu-segerakan-pemilihan-parti-annuar-musa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here