‘Selamat memberi keterangan’ Fahmi Reza

0
3
KOTA BHARU 25 APRIL 2018. Calon PAS P022 Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di majlis pengisytiharan calon PAS Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang menampilkan 21 muka baru daripada 59 calon di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV). NSTP/SYAMSI SUHAIMI

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan ‘selamat memberikan keterangan’ kepada pereka grafik, Fahmi Reza yang ditahan polis di atas tindakannya menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau berkata, Malaysia merupakan negara demokrasi, namun kebebasan ada tatasusilanya.

“Jika mengusik agama dan institusi penting dalam perlembagaan, itu bukan kebebasan, itu kurang ajar.

“Dan ini bukan pertama kali, pada tahun 2017, dia pernah melakar gambar karikatur menghina Presiden PAS.

“Justeru, harapan saya supaya jangan ada lagi individu-individu yang melampaui batas seperti individu ini,” katanya.

Beliau juga menasihatkan artis itu supaya berpegang teguh dengan pendirian sebagaimana pemimpin komunis Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China.

“Apapun saya ucapkan Selamat Memberikan Keterangan. Teguhlah seteguh Karl Marx yang mempertahankan Das Capitalnya, atau seperti Mao Tse Tung yang memimpin Parti Komunis China.

“Dan kali ini saya harap DAP tidak bersolidariti bersama manusia ini lagi,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS tampil membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook atas nama Fahmi Reza kerana menghina Raja Permaisuri Agong.

Katanya, walaupun tajuknya ringkas, ‘This is dengki ke?’ pada beliau ia mempunyai niat untuk menghina Raja Permaisuri Agong.

“Sepanjang pemantauan saya terhadap individu bernama Fahmi Reza ini, dia sudah banyak membuat lakaran kartun agak mengusik sensitiviti perkauman dan agama.

“Ini adalah had maksimum dan beliau tidak sepatutnya melakukan sehingga ke tahap menghina institusi beraja seperti ini,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here