JUMLAH kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan 2,847 kes menurun sedikit berbanding semalam dengan 2,875 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan angka jangkitan baharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 387,535 kes.
Selangor kembali mencatatkan kes tertinggi dengan 748 kes, diikuti Sarawak (717), Kelantan (476), Kuala Lumpur (302), Johor (130) dan Negeri Sembilan (105).
Manakala kes baharu bawah 100 termasuk Pulau Pinang (89), Sabah (82), Perak (45), Kedah (44) dan Melaka 42 kes.
Sementara, Pahang mencatat 39 kes, Putrajaya (14), Terengganu (11), Labuan (3) dan tiada kes direkodkan di Perlis . – Malaysiapost

