Remaja 18 tahun dirogol, liwat bapa dan 3 abang kandung

0
2
grafik

DILIWAT dan dirogol oleh bapa serta serta tiga abang kandungnya sejak lebih setahun lalu.

Itulah detik hitam terpaksa dilalui oleh seorang remaja perempuan berusia 18 tahun selepas menjadi mangsa rakus darah daginnya sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa yang telah kematian ibu, tinggal di sebuah rumah di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak bersama keempat-empat suspek.

Beliau berkata, kejadian berlaku sejak Februari tahun lalu dan kali terakhir mangsa telah dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh bapa dan tiga abang kandungnya adalah pada akhir Februari lalu.

Katanya, ketika kejadian suspek di bawah pengaruh dadah dan mangsa mendakwa diberikan minuman yang dicampur dengan bahan disyaki dadah.

“Mangsa juga mendakwa kedua-dua tangan dan kakinya diikat menggunakan tali rafia di penjuru katil dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

“Pada waktu malam, mangsa akan dirogol pula oleh bapa kandung dan akan dipukul sekiranya melawan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Sukri berkata, semua suspek berusia 23 hingga 48 tahun termasuk seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa telah ditahan dan kini direman tujuh hari sehingga 29 April ini bagi membantu siasatan.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati tiga orang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here