KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini.
Menurut KKM, daripada jumlah itu, ia melibatkan empat kluster pendidikan termasuk tiga kluster sekolah/institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) dan tiga kluster komuniti.
Dua lagi ialah kluster tempat kerja, serta masing-masing satu bagi kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.
Perincian 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini ialah:
- Kluster Jalan Anggerik 21
- Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
- Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula pada hari ini hasil saringan bersasar melibatkan pelajar sebuah sekolah di Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, Johor Bahru di mana 13 kes dikesan positif.
- Kluster Pengkalan Batik
- Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka.
- Kluster ini melibatkan pelajar sebuah pusat pendidikan di Jalan Pengkalan Batik, Alor Gajah di mana 37 kes dikesan positif
- Kluster Anggerik Cempaka
- Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Baling di Kedah.
- Kluster ini melibatkan pelajar sebuah sekolah di Jalan Kulim-Baling, Baling di mana enam kes dikesan positif Covid-19
- Kluster Jalan Langat Ceria
- Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang, Kuala Langat, Gombak dan Sepang di Selangor.
- Kluster ini melibatkan pelajar institusi di Jalan Langat Ceria 4, Taman Langat Ceria, Hulu Langat di mana 50 kes dikesan positif
- Kluster Sungai Lemayong
- Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak.
- Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula 12 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang menetap di Sungai Lemayong, Sarikei di mana 69 kes dikesan positif dalam kluster ini.
- Kluster Pintasan Kampung Jawa
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.
- Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula 6 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Pintasan Kampung Jawa 1, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya, di mana 30 kes dikesan positif.
- Kluster Putra Tiga
- Kluster tempat kerja ini melibatkan Putrajaya, daerah Petaling dan Sepang di Selangor serta Seremban di Negeri Sembilan.
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran di Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya, di mana lapan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Duranda Emas
- Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Taman Duranda Emas, Siburan, Serian, di mana 19 kes dikesan positif
- Kluster Taman Mesra Bako
- Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes di Taman Mesra Bako, Jalan Bako, Kuching, di mana 50 kes dikesan positif Covid-19.
- Kluster Pagar Siput Dua
- Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.
- Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula hari ini hasil saringan bersasar tahanan melibatkan sebuah pusat tahanan di Jalan Sungai Siput, Pekan Kota Tinggi, di mana 36 kes dikesan positif.
- Kluster Jalan Perai Jaya
- Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
- Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial pada 8 April 2021 di Jalan Perai Jaya, Bandar Perai Jaya di mana 11 kes dikesan positif. – Malaysiapost

