Bazar Ramadan Greenwood ditutup 4 hari bermula esok

0
2

MAJLIS Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan Bazar Ramadan Greenwood, Gombak ditutup empat hari bermula esok hingga 25 April ini kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad, berkata penutupan bazar berkenaan dilaksanakan selepas mengambil kira kebajikan peniaga yang telah memasak untuk jualan hari ini.

Menurutnya, penyerahan notis penutupan bazar itu mengikut Seksyen 18 (1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988( Akta 342) dan ia telah diserahkan kepada wakil pengelola JKP Zon 3 di Jabatan Pelesenan, hari ini.

“Penyerahan notis penutupan ini telah dikeluarkan oleh Pegawai Yang Diberikuasa, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Pada masa yang sama, MPS turut menerangkan SOP dan tindakan pematuhan yang perlu dipatuhi bagi tujuan pembukaan semula bazar kepada wakil pengelola yang hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MPS meminta penganjur dan pengelola untuk melaksanakan SOP tambahan iaitu penggunaan kad nombor giliran kepada pengunjung.

“Selain mewujudkan laluan sehala di dalam bazar dan tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun dan warga emas 65 tahun ke atas masuk ke bazar Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi memastikan SOP itu dipatuhi, MPS akan sentiasa membuat pemantauan di bazar-bazar Ramadan kawasan pentadbirannya.

“MPS juga ingin mengingatkan pengunjung dan peniaga agar tidak leka untuk mematuhi SOP yang ditetapkan agar penularan wabak Covid-19 dapat dikawal,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here