PM terima jemputan Sultan Brunei ke mesyuarat ASEAN di Jakarta

0
3

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima jemputan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah selaku Pengerusi ASEAN untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin ASEAN di Jakarta, Sabtu ini.

Perkara itu disahkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi ciapan di Twitter beliau malam tadi.

Beliau berkata, krisis di Myanmar antara isu utama yang akan dibincangkan pemimpin yang terlibat dalam mesyuarat itu.

Sementara itu dalam ciapan berasingan, Hishammuddin berkata beliau menerima panggilan telefon Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres malam tadi.

“Saya berkongsi tentang Mesyuarat Pemimpin ASEAN di Jakarta hujung minggu ini yang dijangka turut membincangkan situasi di Myanmar.

“Saya beritahu, Malaysia akan sekali lagi menyuarakan pendirian yang tegas iaitu – hentikan segala bentuk keganasan; segera bebaskan tahanan politik; dan benarkan wakil daripada Pengerusi ASEAN, iaitu Brunei atau sekretariat ASEAN untuk masuk ke Myanmar bagi memantau situasi terkini.

“Selain itu, saya dan TYT Antonio perhalusi perancangan memperkukuh usahasama Malaysia-PBB demi kepentingan sejagat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here