MAAHAD Tahfiz Al Quran Wal Qiraat (MTAQ) Pulai Chondong, Kelantan akan dilaksanakan Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Maahad Tahfiz Al-MTAQ.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 243 ujian saringan dan daripada jumlah itu 97 kes positif Covid-19 direkodkan.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di MTAQ bermula 21 April sehingga 4 Mei 2021.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat, seterusnya
mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

